Thursday, April 23, 2009

WARNA HIJAU KEHIDUPAN

Sedang memetik pucuk ubi kayu... warna hijau pucuk ubi kayu adalah warna kehidupan penghuni desa surinit...

Pada posting yang lepas, saya pernah menceritakan tentang sayur-sayuran yang pernah dijamah oleh penghuni desa surinit. mungkin di desa surinit sahaja kejadian seumpama ini berlaku. gambar di atas adalah pokok "tang'ag". pokok ini adalah sejenis pokok yang besar tetapi apabila ia ditebang maka ia akan menghasilkan tunas baru seperti dalam gambar. tunas yang baru ini dengan pucuk yang masih muda menjadi rezeki bagi penghuni desa surinit. sesiapa yang ingin mencuba makan sayur tang'ag, bolehlah memetik pucuk muda ini di desa surinit. berlambak di desa surinit pokok tang'ag ini. cara masaknya mudah sahaja, rebus sahaja, untuk lebih sedap campur liniking! nyam nyam nyam...

4 comments:

ajeng said...

Oo..Surinit itu nama desa yach? Aku punya teman blogger juga yg bernama Surinit.

SURINIT said...
This comment has been removed by the author.
-m.i.r.a.c.l.e- said...

ajeng,
surinit itu nama sebuah desa juga lambang sebuah kehidupan...
surinit!
kedaifan melanda selepas ko berhijrah menceri rezeki di rantau orang...sadis!

SURINIT said...
This comment has been removed by the author.