Lurus dan bengkok, demikian entry saya kali ini.
Hari ini, rakan baik saya dari Kampung Salimandut telah menghubungi saya dan menceritakan serba sedikit latar cerita jalan ke Tandek yang dikhabarkan antara lurus dan bengkok. Lantaran itu, saya teringat kembali entri rakan-rakan cyber tentang jalan tersebut. Lantaran itu juga, saya terpanggil untuk "membantu" setakat yang mampu untuk membetulkan mana-mana yang patut. Jadi, saya perlukan input daripada pembaca budiman semua untuk meriwayatkan kisah jalan kontroversi itu sekali lagi supaya saya boleh memahami dengan betul kisah jalan itu. Saya suka sekali jika jalan itu diriwayatkan dengan jujur (maksud saya bukan berbaur peribadi atau politik atau lain-lain isu yang tidak relevan). Mudah-mudahan dengan mendengar dari semua pihak, saya boleh membantu mereka yang dalam dilema. Saya tahu dan sentiasa sedar, siapalah saya di mata masyarakat kampung, tapi, mudah-mudahan dengan "bantuan" ini, masyarakat kampung tahu yang hati saya masih pada tanah leluhur saya sungguhpun jasad saya jauh di seberang. Terima kasih untuk semua.

0 comments:
Post a Comment