Tuesday, May 19, 2009

SEORANG TUA DI KAKI BUKIT DAN SI ISTERI YANG...

Salam pertemuan buat semua pembaca budiman. Maafkan saya kerana sudah lama tidak membuat entry dalam blog ini. Kebelakangan ini saya begitu 'tenat' dengan tugas pada negara. Juga kesihatan saya agak terganggu beberapa hari ini. Lantaran itu ruangan blog saya menjadi sunyi sepi...

Sebenarnya saya agak kematian idea untuk entry kali ini... Mungkin disebabkan sudah lama saya tidak menulis dalam ruangan ini... Tetapi setelah saya membuka blog Yg Dihormati Sdri Nong tentang prasarana di Kg Salimandut, hati saya terbuka untuk berkongsi 'sesuatu' buat tatapan pembaca semua. Nawaitu saya bukan untuk memohon perhatian, jauh sekali meraih simpati... Tapi sekadar luahan perasaan buat mereka yang mengerti...

Dikisahkan...

Sebuah kisah yang benar. Tatkala Kg Salimandut, atau lebih spesifik lagi Singgahmata (berdasarkan gambar dalam post Sdri. Nong -tetapi saya lebih selesa merujuk kawasan kampung itu sebagai Togomonggis-) sedang mengalami pembangunan prasarana yang membanggakan, sebuah keluarga yang jauh terpinggir di hujung kampung tidak berpeluang merasai pembangunan itu. Keluarga itu terletak di kaki bukit di mana teratak buruk mereka terletak di antara dua sungai dan hanya boleh dilawati dengan berjalan kaki melalui denai buatan sang kerbau dan menyusur sungai meredah batuan licin... Keadaan ini membuatkan saya berfikir sejenak, adakah ini kesilapan 'pembangunan' atau adakah ini sebenarnya kesilapan keluarga itu sendiri yang telah membina 'desa' di hujung kampung? Desa terpinggir itu bernama Desa Surinit.

Saya tahu dan sentiasa sedar bahawa bukan keluarga itu sahaja yang tidak merasai pembangunan itu, malahan ada ramai lagi keluarga yang mungkin jauh lebih susah dari keluarga ini misalnya mereka yang memilih untuk membina mahligai tempat berlindung dari hujan dan panas di kawasan bendang yang jauh dari jalan utama menghubungi kampung dan pekan... Lantaran itu saya sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dipinjamkan Tuhan buat sementara waktu ini...

Atau mungkin juga saya tidak arif dengan perkembangan kampung itu sendiri atau juga mungkin saya silap membuat penilaian jauh dari perantauan. Namun, saya merasakan saya berhak untuk menuntut pembangunan itu kerana asal leluhur saya adalah di Kg Salimandut dan darah daging saya juga melata di kampung itu... Siapa tahu nanti mungkin saya berkubur di sana juga walaupun kini saya secara fizikalnya telah migrasi di tanah Semenanjung ini.


Dan secara kebetulan, apabila saya melihat semula koleksi gambar yang ada dalam simpanan saya, dan menjumpai gambar di atas, satu perasaan yang sukar diwacanakan terbit dalam jiwa saya. Namun, walaupun saya tidak punya bakat menulis sebaik pembaca budiman sekalian, tapi saya usahakan juga untuk meluahkan apa yang terbuku dalam hati sejak sekian lama... Demikian gambar berkata-kata bahawa "Seorang Tua di Kaki Bukit merenung jauh ke belakang akan rumah yang ditinggalkan kerana di sana Sang Isteri yang sudah uzur sedang menanti kepulangannya dalam kesunyian tanpa jiran dan..."

Ingatan saya kepada Desa Surinit ini tidak dapat dimengertikan dengan perasaan yang biasa-biasa sahaja... Kerana apa? Kerana hanya penghuni Desa Surinit yang memahami perit getir dan kepayahan duduk di hujung kampung... di hujung ingatan masyarakat sekeliling... Seperti gambar di atas, hanya mereka yang menghuni Desa Surinit itu yang boleh mentafsirkan gambar itu dengan hati yang bersih. Betapa seorang tua yang kini menghampiri usia 80 tahun, hidup terpinggir di hujung kampung. Saya kerap betanya kepada diri sendiri, adakah keadaan ini salah anak-anak yang merantau jauh? Hati saya berkata tidak kerana rezeki anak-anak sudah tertulis di rantau orang. Dan si tua pula rezekinya ada di tanah kelahirannya. Lihat dengan hati yang tulus, di sebalik remang mentari senja, tatkala di tempat lain remang senja itu satu scenery yang memukau pandangan mata, tapi di Desa Surinit senja itu adalah suatu kepekatan malam. Di hujung kepekatan malam itu terletak teratak buruk Desa Surinit. Dan, apabila saya terjumpa gambar ini...

... ingatan saya terus berlari ke Desa Surinit. Apa rasionalnya gambar kedua ini? Inilah kenderaan utama memasuki Desa Surinit. Mengangkut anak-anak, barang-barang keperluan dapur yang dibeli dari 'tamu' di pekan (dan mungkin juga akan digunakan oleh Seorang Tua di Kaki Bukit untuk 'memapah' si Isteri yang telah uzur untuk ke hospital untuk mendapatkan rawatan di sana apabila Seorang Tua di Kaki Bukit kelak tidak mampu memapah si Isteri dengan kudratnya sendiri...?) Ahh... perasaan saya kian berbaur ketika ini... Yang jelas, kerana pembangunan tidak sampai ke Desa Surinit, maka gambar akan berkata-kata...

Namun jangan salah anggap akan kata-kata saya kerana saya tidak menyalahkan pembangunan yang telah dahulu melanda Singgahmata. Tidak salah kawasan itu membangun terlebih dahulu kerana di situ penduduknya lebih padat. Yang amat saya tuntut adalah pembangunan mental kerana di Desa Surinit bukan setakat pembangunan prasarana yang tidak kunjung tiba tetapi 'pembangunan mental' juga nampak gayanya begitu lembab berlaku. Salah siapakah ini? Bagi saya, selagi mereka-mereka itu tidak menduduki dan merasai sendiri keperitan melalui denai, memijak selut, meredah sungai (dan banjir), memijak batuan yang licin dengan tenaga tua yang makin ke penghujung usia, maka selagi itu mereka tetap meletakkan Seorang Tua di Kaki Bukit dan si Isteri yang telah uzur di hujung ingatan mereka! (Apalah salahnya beri kebenaran untuk kami membina laluan kenderaan untuk memasuki kawasan desa kami???)


Dan... gambar ketiga ini, anak-anak kecil hanya mampu tertawa riang melalui kepayahan itu... Seketika selepas keluar dari kaki bukit itu, satu kewajiban mereka adalah singgah membasuh selut di kaki supaya nanti tidak mengotorkan kereta tumpangan untuk ke pekan... Walau kunjugan mereka hanya seketika di Desa Surinit, tetapi dalam jiwa mereka tertanam pertanyaan mengapa Seorang Tua di Kaki Bukit dan si Isteri yang telah uzur melalui kepayahan yang tidak seharusnya berlaku pada zaman kini???

Saya mati akal untuk menjawab...

12 comments:

Surinit said...
This comment has been removed by the author.
ison said...

Masih lagi bertanya, salah siapakah???

-m.i.r.a.c.l.e- said...

Ahh surinit, aku tahu, kau pun tahu... apa daya kita apabila demikian kisah Seorang Tua di Kaki Bukit dan si Isteri yang telah uzur...
Dr Ison, adakah itu pertanyaan kepadaku? Aku juga tidak punya jawapan... sungguh aku mati akal!

JMimie said...

arapon nopo waro kosimbanan kuma'a sid kowosian..secepat mungkin.

NONG said...

Salam Saundari Yang Dihormati Miracle..
Tau no dino oi Maircle tu okonko tanah kampung po dogima ilo surinit dilo bo.Tanah i dot tulun om ikoo i nono kikiawi.
Sedangkan segala prasarana hanya dibina dikawasan tanah kampung it kolompukan dot tulun om okon ko id tanah po dot tulun.
arap oku dot bersyukur tokou diti pembangunan kampung daton. Ogumu po daraai patarangon ku dika nga amu awasi mitarang siti..hehehee.
Koli kopo siti lah bo.. :)

ison said...

Amu kukuoyon bo miracle. waro i ot ralan pangatagan dati dilo silo sompori...

Apa pun seribu kenangan pahit manis di surinit telah memberi erti sebuah kehidupan...

Miracle do happen. ;)

Surinit said...
This comment has been removed by the author.
Roxy <b>Zaire</b> Awod said...

berbicara soal kesusahpayahan "seorang tua dan isteri yang uzur"?

biarlah masa menentukan... kerana manik-manik halus ini seakan sukar untuk diseka setelah membaca tulisan sang Miracle...

sedih, geram, gembira bercampur-baur dengan pelbagai lagi perasaan yang sukar untuk ditafsir dengan kata-kata...

walau siapapun aku... cintaku masih lagi di desa "surinit" itu. walau beribu batu jauh... kenangan-kenangan itu masih lagi bermain di tabir mata, tanpa jemu walau hanya sementara.

bagi aku... "biarlah bulan bicara".

hatiku kurang mengerti akan sikap orang-orang kampungku...

seperti juga Miracle, akalku mati...


selamat semua...

RZA
P-S.A-K.L

SAYA said...

Hello..
kerana pulut santan binasa,kerana mulut badan binasa..Berkata2 biarlah ada tempatnya.Jangan kita anggap diri kita terlalu tinggi kedudukannya sehingga dengan mudah meluncurkan kata2 sedemikian..

Fikirkan teman..

ison said...

Ades, mad ko siti nga alasu sapi i diri ti. Mumudukut oku po yoku toruai. Milom olonuk dati otuntugan dot sup. Sabar nopo bo surinit. Hehe...

Surinit said...
This comment has been removed by the author.
Joe Mohd Rezzal said...
This comment has been removed by the author.