Friday, June 26, 2009

Ranjau Sepanjang Perjalanan II




***
Anak-anak kecil masih menanti kepulangan bonda.
***
Pak Tua semakin kehilangan akal. Di mana hendak dicari Bonda dan si Bongsu yang telah menghilang???
Tuaian di bendang makin terbiar. Pak Tua benar-benar mati akal. Si anak-anak kecil telah cuba membantu Pak Tua menghabiskan tuaian. Dengan tenaga Pak Tua yang makin sedikit dan tenaga anak-anak yang tidak seberapa tuaian di bendang akhirnya habis. Pak Tua kemudian mengasingkan padi yang elok dan tidak begitu elok. Pak Tua kata, yang elok untuk dijual, dan yang tak elok untuk bekalan makan anak-beranak sementara menanti musim menuai akan datang. Bersama anak-anak, padi yang telah dituai dimasukkan dalam guni. Hanya 3 karung guni sahaja; kerana padi tidak menjadi tahun ini. Ketam-ketam jahat telah makan padi Pak Tua, burung pipit telah kenyang makan padi Pak Tua, dan sang kerbau hitam pula berpesta di bendang Pak Tua! Sungguh hidup Pak Tua dan anak-anak amat getir, bersaing dengan makhluk-makhluk Tuhan untuk kelangsungan hidup...

3 comments:

Surinit said...

aku tunggu dan tunggu saja tulisan ko seterusnya. inda kabaru betul ni sekarang menulis. kapaningan tulu.

Tulunbunou said...

Jun, Keperitan hidup la yang mendidik kita seteguh hari ini. mis u alwez!

-m.i.r.a.c.l.e- said...

cerita ini bakal bersambung...