KINTO
Wednesday, December 2, 2009
Saturday, November 28, 2009
Friday, September 11, 2009
PAKU PAKIS

Salam Ramadhan...
Terlalu lama saya menyepi. Kini saya kembali. Kukunjungi laman blog rakan2... ramai juga yang menyepi seperti saya. Surinit-jarang sekali membuat entri di lamannya. Dikhabarkan beliau sedikit mengalami keuzuran... Mudah2an beliau sembuh dalam waktu terdekat ini. Kukunjungi juga laman Saudari Nong. Juga sepi-tidak seperti dahulu... Juga kulewati laman tulunbunou. Sepi... di manakah kau sahabatku... hanya beberapa rakan yg aktif memblog (tidak perlu kusebutkan di sini) dan SAM yang begitu proaktif dgn agenda tersendiri. TAHNIAH buat mereka...
Saya tidak tahu di mana ceritaku terhenti... begitu lama menyepi menyebabkan otakku beku memikirkan bait2 kata.. em, apa kata kalau kuceritakan kisah PAKU PAKIS... (tulunbunou ini cerita kita!)
Pada suatu hari...
mmm cerita ni tidaklah hebat mana tapi bagi saya cukup menyentuh hati dan sangat berkesan hingga ke hari ini... seperti biasa, selepas waktu sekolah, saya balik ke rumah berjalan kaki bersama-sama rakan sekolah lain. yang tinggal di kawasan sawah akan berpisah di simpang torogison. yang tinggal di kampung singgahmata akan berpisah di simpang kampung yang terletak betul2 di hadapan kedai IKIV (x pasti ejaan ni betul atau tidak. maaf saudara IKIV). ketika itu sekitar awal 90-an, saudara ikiv ada kedai runcit dan gilingan... dan yang tinggal di kampung minitampak akan meneruskan perjalanan mendaki bukit untuk balik ke rumah masing-masing. sementara aku meneruskan langkah melalui denai kecil untuk sampai ke desa surinit tercinta!
diceritakan olehku disini...
pada tahun 1993, tanah yang terletak bertentangan dengan tanah makcik rukilin sangat subur. pelbagai tumbuhan liar tumbuh melata di situ... dan antara yang sangat subur adalah paku pakis... dan menjadi kebiasaan budak-budak sekolah terutama yang tinggal di kampung minitampak untuk mencari rezeki di situ. tidak kira anak-anak itu baru masuk sekolah dalam darjah 1 ataupun mereka yang sudah boleh menulis dengan pen. mungkinkah anak-anak itu sudah dilatih sejak kecil lagi untuk mencari rezeki? sesungguhnya aku amat mengkagumi kecekalan mereka. seawal sebelum subuh mereka melangkah keluar dari rumah untuk menuntut ilmu, berjalan kaki berbatu-batu jauhnya, kemudian di bawah terik matahari mereka meneruskan lagi perjalanan untuk balik ke rumah sesudah selesai sesi persekolahan.. dan singgah dimana-mana untuk mencari rezeki dibawa pulang ke rumah untuk ibu dan ayah serta adik-adik... (mmm, apakah berita tanah itu sekarang? masih suburkah?)
dan aku bersama tulunbunou juga tidak ketinggalan mencari rezeki di tanah itu... kerap kali tanah itu riuh rendah kerana anak-anak termasuk aku dan tulunbunou pergi memetik paku pakis untuk dibawa pulang. minggu demi minggu tiada apa-apa yang tidak baik berlaku... sehinggalah suatu hari aku mendengar khabar tuan tanah marah kerana tanahnya diceroboh oleh budak-budak sekolah. bermula detik itu, anak-anak sudah tidak berani masuk memetik pucuk pakis di tanah itu... namun kadang-kadang ada juga yang memberanikan diri. suatu ketika aku bersama tulunbunou terbuka hati untuk memetik pucuk pakis di situ. ketika itu kami baru balik dari kelas tambahan dan waktu menunjukkan sekitar pukul 4 petang. mujur ketika itu hanya kami berdua yang pergi memetik pucuk pakis. jika tidak terpaksalah kami berebut dengan budak-budak lain. kami masuk melalui pagar berduri dan setelah berjaya masuk kamu pun mula memetik pucuk pakis sambil bersembang-sembang. begitu banyak pucuk pakis yang kami peroleh pada hari itu kerana sudah lama ia tidak dituai budak-budak. setelah merasakan hasil yang kami tuai itu cukup banyak kami pun bersiap-siap untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah...
dan ketika sedang mengikat sepemeluk pucuk pakis dengan 'tangau' tiba-tiba terdengar suara aunty berbadan besar bersama anaknya yang cute itu menghampiri kami. ketika itu aunty itu memanglah berbadan besar sebab badan kami kecil saja... aku dan tulunbunou berpandangan sesama sendiri... dan masing-masing mempercepatkan kerja mengikat pucu pakis itu... seusai itu kami pun memasang langkah seribu. tulunbunou sepantas kilat berlari mengikut denai semak di tanah itu. sementara aku mengambil langkah berisiko melepasi pagar berduri dahulu untuk ke jalan utama... sementara suara menakutkan itu semakin hampir... tulunbunou sudah tidak nampak kelibatnya. aku pula baru melepasi pagar berduri. sebaik kaki mencecah di jalan 'grabble', selipar jepun ku sisipkan di celah jari-jari kurus dan comot. sementara pucuk pakis kusumbatkan dalam beg plastik berisi buku. setelah itu sepantas lipas kudung aku memecut sekuat hati. mujurlah aku ada pengalaman mewakili sekolah dalam 100 meter lari pecut. suara tadi telah hilang entah ke mana...
setelah aku merasakan pecutan tamat dan pasti aunty itu tidak mampu mengejarku, aku memperlahankan larianku. dan ketika tiba betul-betul di hadapan gereja sda, di kawasan lapang itu, di celah-celah pagar yg diliputi semak samun itu aku nampak kelibat aunty itu bersama anaknya. dan aku terkejut! tulunbunou juga ada di situ. aku mendekatkan diri pada pagar yang menjadi penghalang itu. aunty itu sedang marah kepada tulunbunou. nak pergi kepada mereka, pagar itu menjadi penghalang. nak masuk melalui pintu pagar masuk gereja, aku terasa takut pula... (ntah mengapa aku takut masuk/melalui gereja itu...)
aku memasang telinga mendengar kata-kata aunty itu:-
kenapa kamu curi paku pakis kami?
kami tidak curi, budak2 lain pun ambil juga. lagipun bukan kamu tanam pakis tu. tumbuh liar.
biarpun! tapi kamu tau kah saya mau bagi kambing lembu makan tu pakis. kalau pakis habis apa kambing lembu saya mau makan?
kalau mcm tu saya minta maaf sama saya kasi balik la ni pakis kamu. nah ambil lah semua.
lain kali jangan curi lagi di tanah saya.
tulunbunou menghulurkan seikat pucuk pakis kepada aunty itu lalu melangkah keluar dari tapak tanah yang menyuburkan pucuk pakis itu dengan wajah sayu. tulunbunou keluar melalui pintu pagar gereja. saya menantinya di situ.
tidak apa lah... nah kita bebagi pucuk pakis yang ini. sori la saya tidak ada sana masa kamu kena marah tadi.
nda apalah... tapi saya heran kenapa dia lagi utamakan kambing lembunya daripada kita yang susah ini.
iyalah...
saya kemudian menyerahkan separuh pucuk pakis yang 'berjaya diselamatkan' itu.
tidak apa lah, nanti kau boleh pergi surinit dulu petik pucuk tampasuk buat sayur malam nanti...
iyalah, nasiblah banyak pucuk tampasuk di tempat kau. di sanalah saya selalu cari sayur untuk dibawa pulang.
kami pun meneruskan perjalanan ke desa surinit untuk mencapai hajat murni di hati...
namun sehingga kini saya masih tertanya-tanya "adakah kambing lembu makan pucuk pakis?"
mohon maaf kepada aunty dan keluarganya.
... kenangan2!...
sekian.
Tuesday, August 11, 2009
GENERASI
Thursday, July 9, 2009
LAPANG DADA
Salam pertemuan kembali untuk semua pembaca budiman.
Telah lama saya tinggalkan ruangan maya ini lantaran desakan kerja.
Namun, alhamdulillah, bermula esok hari sehingga penghujung bulan Oktober saya berpeluang merehatkan otak dan fizikal yang sangat keletihan tika ini. Yehhhhh!!! Cuti sakan! (em, bukan cuti sepenuhnya sebab kadang-kadang bos panggil masuk office bila ada urgent matter!)
Neway, hopefully dapatlah saya melayan ruangan blog ini sepanjang tempoh 'cuti' ni. Lagipun dah lama saya tidak membuat entry dalam blog saya. Terlalu banyak cerita yang saya ingin kongsikan tetapi asyik tertunda sahaja!
Buat rakan-rakan yang setia mengunjungi -m.i.r.a.c.l.e- terima kasih yang tidak terhingga!
Sampai ketemu lagi...
Telah lama saya tinggalkan ruangan maya ini lantaran desakan kerja.
Namun, alhamdulillah, bermula esok hari sehingga penghujung bulan Oktober saya berpeluang merehatkan otak dan fizikal yang sangat keletihan tika ini. Yehhhhh!!! Cuti sakan! (em, bukan cuti sepenuhnya sebab kadang-kadang bos panggil masuk office bila ada urgent matter!)
Neway, hopefully dapatlah saya melayan ruangan blog ini sepanjang tempoh 'cuti' ni. Lagipun dah lama saya tidak membuat entry dalam blog saya. Terlalu banyak cerita yang saya ingin kongsikan tetapi asyik tertunda sahaja!
Buat rakan-rakan yang setia mengunjungi -m.i.r.a.c.l.e- terima kasih yang tidak terhingga!
Sampai ketemu lagi...
Subscribe to:
Posts (Atom)


